SofiMohd's FotoPage

By: sofi mohd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Oct-2008 14:23 Email | Share | Bookmark
aidilfitri 2008 : Kedah & Perlis : Malaysia

 
Aidilfitri ku

RAYA KEDAH

mak tok sedang siram pusara tok ayah

paklang nya turn lak

raya tahun ni..dia yang paling kecoh..hehe

ayah aku dan pak lang..orang selalu ckp diorang kembar..padahal lain tahun lain hari lain jam..;p



RAYA PERLIS

adik aku sedang sedekahkan al fatihah

pusara nenek aku (tok gon), memori aku ngn arwah amatlah sikit

pusara atuk (tok kassim) aku x sempat kenal beliau..(beliau meninggal ketika mak aku masih remaja)

family sebelah mak aku (baru suku nih hehe )


raya taun ni x la semeriah masa aku kanak2 dulu..
mungkin dah meningkat dewasa ni..rasa raya perlu ala kadar dan sederhana..
dan yang penting ziarah menziarahi..yang paling utama aku balik kedah n raya tahun ni adalah nak ziarah pusara2 tok ayah, tok kassim dan tok gon (nenek) aku..masa bulan puasa aku banyak teringatkan diorang..terutama arwah tok ayah aku..beliau adalah ayah kepada ayah aku..kadang2 terkilan sebab aku x sempat berbakti utk diorang (yela aku kecik lagi)...jadi dengan sedekah kan al-fatihah dan sentiasa doakan kesejahteraan mereka di alam kubur adalah sebagai pengganti untuk mereka..

rutin raya tahun ni mcm biasa la..
Raya pertama pg2 kita akan balik kg nenek di Bukit Pinang Alor Star (sebelah ayah) n bersembahyang di masjid dkt umah nenek aku lepas sembahyang ja kami akan ziarah pusara atuk then berkumpul di rumah nenek aku..
Raya kedua tahun ni lain sikit..selalunya malam raya pertama kitorang akan balik ke perlis (sebelah mak)..tapi kali ni kami semua gerak di pagi raya..sampai di perlis kami berkumpul di rumah paklong..dan akan gerak ke kubur nenek dan kemudian kubur atok..lepas ja menziarah..kami ke rumah2 sedara..
Raya ke 3 adalah rutin yg paling drastik yang berubah..naik bas pagi2 balik KL..ptg masuk opis start kerja..huhu

apa pun sekali lagi aku ucapkan..
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

raya tahun ni agak rushing bg aku..
sepatutnya cuti raya dapat seminggu..but di tarik balik kerana ada dateline projek yg agak ketat..
so raya kali ni aku banyak tekankan menziarah saudara mara je la..

kepada kawan2 yang aku x dapat datang n menziarah
aku mintak maaf sgt2..ampun ya..hehe

kepada sesapa yang singgah di FP ini aku harap korang dapat sedekah kan Al Fatihah kepada adik kepada FARAH atau Kak Farah >> http://ayusolo.blogspot.com ...adik beliau pulang mengadap ilahi di hari raya pertama..semoga roh adik beliau dirahmati allah..amin

AL-FATIHAH juga kepada mereka2 yang sudah tiada


SOFIMOHD
Graphic Designer / Photographer
Tel : 0124685603
Email : sofiyuddin@yahoo.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/sofimohd
YM : opy_bucumeja
Facebook : sofi mohd / opy_bucumeja@yahoo.com
MySpace : -bucumeja- / h20_boyjit84@yahoo.com
Friendster : -bucumeja- / h20_boyjit84@yahoo.com




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net